Entry kali ni saya nk share sikit pengalaman saya, tentang Tun DR Mahathir. Hari ini tanggal 22 Mac 2013, bertempat di DECTAR, pihak UKM telah menerima kehadiran insan yg disegani, bapa pemodenan Malaysia. Kehadiran beliau bersama Tun Seri Siti Hasmah, isterinya, disambut dengan tepukan gemuruh dari mahasiswa yg berada di dalam dectar. Saat kakinya melangkah masuk ke dectar, mata saya digenangi air yg x pasti ats alasan apa. T_T
Pada awal nya, saya mahu mengikuti program kolej lain iaitu menyertai forum 'Bicara Cinta' oleh Fatimah Syarha anjuran KKM dan 1 lagi Forum di zaaba mengenai 'Muslim Part time or Full time?'
Namun, takdir Allah menetapkan saya untuk pergi mendengar bual bicara Tun DR Mahathir,
'MAHASISWA DAN KEDAULATAN NEGARA'
Segala pengisiannya sangat menarik dan segala persoalan yg timbul dari benak beberapa pelajat, dijawab dengan tenang dari pihak Tun. Saya sangat tertarik dengan perwatakannya, alun suaranya, penggunaan ayat2 yg tidak menyinggung mana pihak. Caranya amat disenangi dan saya sangat mengagumi beliau sejak 20 tahun yg lalu, :)
Terdapat 1 slot dimana saya tidak dapat mengawal diri saya lalu menghamburkan beribu tangisan yg tanpa dijangka membasahkan tudung yg saya pakai. Pada ketika itu, kami disajikan dengan nyanyian lagu 'WARISAN' dan 'PERAJURIT'.
Lagu Warisan mengingatkan saya pada ayah saya yg bertugas sebagai seorang anggota polis,, :'(
x sanggup rasanya nk sambung entry kali ni, henti setakat ni, akhiri dengan video WARISAN :)
pie pie~